www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Friday, February 5, 2010

PERNAH TAK ANDA

Heee... nk tanye... saje suke2... Mengenai perkataan ni.. "PERNAH TAK ANDA...."

-> Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawan berlainan jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?

-> Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai, tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam tak selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu? Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tu tengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?

-> Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan cam memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang, contohnya melihat-lihat jam tangan?

-> Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla gatal yang amats, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda menahan kegatalan itu dengan tabah?

-> Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan perbualan palsu di telefon contohnya, "haa helo Tan, aku dah belikan bigmac kau! Kau nak air ape siot?"

-> Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi dikhalayak ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?

Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara diatas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia normal!"

0 comments: