www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Saturday, February 6, 2010

CIKGU BENGONG

Dialog

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada............

Padan muka cikgu... Hahahhakkkk!!!!

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki...

P/S: Info yg boleh di fikir2 kan…………..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak mbaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. mnganggap ringan apa2 yang tjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bsandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. mbiasakan diri mcuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. mbasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


tEkA tEkI tAk pAyAh jAwAb.......bAcE jE..

a) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang?? -Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?? -Misai (michai..kata nina)

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu? -Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

E) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu? -Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

F) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ? -Penguin

G) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap? -Katakanlahhhhhh. .. (Hazami kod)..

H) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ? -Sebab anak tu perempuan..huar. .huar..huar. .

I) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah tak akan berkurangan? -Tempat Perkuburan.. . (serammm... heyyy maknusia..!! )

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia? -Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? -Bahrain (b`coz bah dulu, rain komdian)

O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de? -Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tawun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..


Al Kisah 1

Kisah seram si pemancing .. heee...

Fadiq memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Nak di jadikan cerite... heee.. dengar nk cite ni.......

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Fadiq terdengarrakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Fadiq dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Fadiq masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Fadiq bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat Asar. Tak lama kemudian Fadiq nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung kat tepi hutan tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Walaupun agak seram, Fadiq segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.Masa Fadiq di rakaat yg kedua, tiba-tiba Fadiq terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2tu?" bisik hati Fadiq, setiap kali Fadiq sujud, Fadiq terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Fadiq tak sedap hati, ni surau tinggal ke,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Fadiq tenangkan hati, dia nak selesaikan solat dgn segera,dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara ketawa semakin kuat dan ramai, ada yg terbatuk parau.Hisshh...kenapa begitu kuat godaan, fikir Fadiq. Mata dipejam,sembahyang diteruskan biar pun tengkuk nya terasa lebih berat dari biasa macam ada binatang yg bertenggek kat tengkuk nya itu. Pelik dan hairan, Fadiq cuba control khusyuk di dalam remangan bulu roma nyaitu........


Akhir nya, syukur Fadiq dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Fadiq meraup mukanya dgn tangan kanan dari atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Fadiq tersedar......... disebabkan terlampau nak cepat tadi, rupa-rupanya Fadiq terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang. Bila di toleh ke belakang, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar sakit prot duk gelakkan dia sebab Fadiq sembahyang pakai helmet,tak pernah dalam sejarah nabi ada orang buat cmtu... hehehe.... patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Fadiq tak jadi pi memancing, dia dah rasa malu kat ikan....

Hakkkkk!!! hmmmm.. ade lagi kisah nk kongsi cite ni... tapi nnti la ek... kite sambung lain hari lak.. daaaaaaaaaaa....... :)