Saturday, February 6, 2010

Al Kisah 1

Kisah seram si pemancing .. heee...

Fadiq memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi,kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing kat situ. Nak di jadikan cerite... heee.. dengar nk cite ni.......

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Fadiq terdengarrakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Fadiq dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Fadiq masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Fadiq bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat Asar. Tak lama kemudian Fadiq nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung kat tepi hutan tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Walaupun agak seram, Fadiq segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.Masa Fadiq di rakaat yg kedua, tiba-tiba Fadiq terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2tu?" bisik hati Fadiq, setiap kali Fadiq sujud, Fadiq terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Fadiq tak sedap hati, ni surau tinggal ke,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Fadiq tenangkan hati, dia nak selesaikan solat dgn segera,dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara ketawa semakin kuat dan ramai, ada yg terbatuk parau.Hisshh...kenapa begitu kuat godaan, fikir Fadiq. Mata dipejam,sembahyang diteruskan biar pun tengkuk nya terasa lebih berat dari biasa macam ada binatang yg bertenggek kat tengkuk nya itu. Pelik dan hairan, Fadiq cuba control khusyuk di dalam remangan bulu roma nyaitu........


Akhir nya, syukur Fadiq dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Fadiq meraup mukanya dgn tangan kanan dari atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Fadiq tersedar......... disebabkan terlampau nak cepat tadi, rupa-rupanya Fadiq terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang. Bila di toleh ke belakang, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar sakit prot duk gelakkan dia sebab Fadiq sembahyang pakai helmet,tak pernah dalam sejarah nabi ada orang buat cmtu... hehehe.... patut ler kepala dia rasa berat semacam. Terus Fadiq tak jadi pi memancing, dia dah rasa malu kat ikan....

Hakkkkk!!! hmmmm.. ade lagi kisah nk kongsi cite ni... tapi nnti la ek... kite sambung lain hari lak.. daaaaaaaaaaa....... :)



0 comments: