www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Friday, February 12, 2010

Malu ke atau tak reti nak cakap..??

Heee...
Ada seorang lelaki tua tau.. yang hobinya suke memelihara byk burung.
Pada suatu pagi,(hehe..cm budak skolah lak kn..) semua burung kesayangannya telah hilang tau. Org tua ni rasa ade si pencuri dah keterlaluan,(maksudnye curi la) lalu lelaki tua itu pun bawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnye .
Lelaki tua tu ckp : "Siapa kt sini yg ade burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannye dlm cara bertanye, lelaki tu menambah "bukan itu maksud saya"
Lalu diajukan soalan yang lain pulak heee...."maksud saya, siapa yg penah lihat burung?"
Maka seluruh penduduk wanita pulak berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tak betul,(ape la soklan) maka dengan muka merah padam org tua tu td menyambung "maaf, bukan itu maksud saya"
Sekali lagi dia cuba bertanya" maksud saya.. siapa yg penah lihat burung yg bukan miliknya"
Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki tua tu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi..
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya, siapa yg penah lihat burung saya?"
Lalu... Isteri lelaki itu pun berdiri..(hahhakkk) dan seorang wanita yg lain. Maka kali ini merah padam pula muka si isteri tua tu, lelaki tu pun cabut lari,menyesal tanya. hahakkkk!!!
so.. org tua ni reti ckp ke tak atau malu? "lu pikir sendiri... heee.. "

Sayang.. abang - nikah seorang lagi

Sambungan episod lalu...

"Episod 2"

" Abang , Azsya setuju dengan permintaan abg. Tapi, Azsya nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Azsya bukan seorang yang panas baran. Azsya terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Azsya selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Azsya.

"Apa, nak suruh Iema jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Iema yang berwarna hijau. "Kak Azsya yang minta," masih lembut dia memujuk Ieda . "Biar betul, apa dia nak buat dengan Iema ?" "Takutlah Iema , silap haribulan dia bunuh Iema !" terkejut Fadzli. "Percayalah Iema , Azsya bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Iema Zara mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Iema Zara lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Iema Zara.

Hari ini genap seminggu Iema Zara bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Iema Zara, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Iema Zara pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Iema Zara untuk ditemuduga oleh Azsya. Sedangkan dia diminta oleh Azsya bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Iema Zara, saban malam dia akan bersama dengan Azsya serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majli skuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Iema Zara melalaikannya. Haruman Iema Zara memudarkan bacaan taranumnya.

Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Fadzli yang dulu. Fadzli anak Imam Kampung Seputih. Fadzli yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Azsya menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Azsya. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Azsya.

Apakah kesudahan cerita ini ? kita sambung Kemudian Hari ek...

Bersambung.........................

Janda Meletup


Heee.. hari ni nk cite pasal "Janda Berhias" ok tak..?? walupun belum berkahwin lagi ni. tapi akan dtg kot.. cuem minta dijauhkn la jadi gini. hhuuu... Atau ''Janda Meletup" same ke maksudnye tu? ntah la.. ape2 je la.... same je kot. ok... Nak mule cite dh ni....


Kenape ek... kalau wanita dah menjanda tgok semakin berhias? Biasenye org yg ade suami biasenye hiasan diri macam tak berabe nk penting. Pasan tak korang tgok? ("lu pikir sendiri" bak kate nabil.) huhuu..... Orang kate suami balik keje isteri bau bawang.. huhuu.. (biase la tu kn..) Kalu dh menjanda... pandai lak nk bergaya.. pakai perfume wangi2... makeup tebal2.. pakai lawa2... mcm2 la.. bukan nk kutuk.. tapi realiti...(maaf kepada yg terasa..) sedangkan same je uruskn anak2. Cthnye pun dh ade.. iaitu salah sorang isteri kepada ustaz tuuuuuuuuuutttttttttttttt.... makin cun gile kn..?? jangankn waheeda, rozita che wan.. pun boleh kalah cmni.

Bukan nk mgumpat... tapi mmg tak diakui mmg makin cun gile skg ni.. Dan buat pengajaran yg bgelar isteri tu.. walau bagaimana sibuk pun anda.. jgn lupa berhias untuk suami tau... Bukannya bersolek sakan masa nak keluar je.. tapi dlm rumah jugak.. tak perlu tebal2. ke ape ke.. just simple. sedap mate memandang. Kadang lelaki ni memang cm gini, syaitan suka menggoda dan bgayut kat kelopak mata sehinggakan perempuan lain nampak lawa , isteri kat rumah nampak comot. Ini memang dah fitrah lelaki, kalau kurang iman boleh ke laut jadinya... huhuu.. (ngap)Suami pula tak baik tau suka tengok perempuan sexy di luar.. yg di rumah dipaksa pula jgn bergaya. (tak mo.. tak mo.. ). Lepas tu sibuk cari alasan nak kahwin lain ngan alasan isteri bau bawang.. huhuhu memang tak patut. Ingat ek.. heee... tu je... trime kasih..