www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus.. Mengenai Jin

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan..

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.


p/s : Kalau rajin.. Ambik aktikel ni.. then tolong sebarkan maklumat ni kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Wednesday, March 10, 2010

Kuku @ Nailz


Assalamualaikum....

hao.. jumpe kite lagi ek pagi ni... huhuu.. smoga sihat2 sejahtera la ek... dan di berkati ALLAH S.W.T. Ok.. Pagi ni nk kongsi gan u'all olang... nk cite pasal kuku atau nailz.. dulu penah gak simpan kuku panjang... rase cm cantik la tgok olang kuku panjang kn... then lame2.. jadi cm tak selesa lak nk simpan kuku... so jadi rimas lak.. rase cm sakit..mcengkam la.. mcm2.. last2 dapat tahu lak simpan kuku ni tak elok sebenarnye... ade maksud dlm sisi islam. pade sape2 yg tahu tu.. alhamdulillah... mane yg tak tau lagi tu... bace la ni.. kite kongsi same2... ok.. :)

Baik la... Dikatakan bahawa myimpan sebatang jari kuku yg panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi.. jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yg panjang.... bayangkanlah dosa yg telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda ye kawan2...

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai bkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak mbayangkan kesucian dan ia juga bukan la budaya kita apatah lagi mgunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yg bkuku panjang biasanya mempunyai anak yg bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yg berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain2. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. "Betul ke gitu?" Fikir2 kn lah...

Percayalah.

Pasal tabiat bkuku panjang ini lah yg mbuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yg bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mpunyai pekerja dan pemilik yg berkuku panjang . Untuk yg bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yg pandai dan mdengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info

Korang tahu tak? Kuku panjang ini mempunyai sejenis kuman seperti yg tdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tsebut tidak akan hilang walaupun kita mcuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nasihat Nabi Muhammad S.a.w. kepada Saidina Ali rhu. Sesudah bnikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.a.w.. bpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)



dan jangan memakai pada jari:


1] jari tengah

lihat cincin pakai jari tengah dan telunjuk...

2] jari telunjuk Nabi Muhammad s.a.w.

melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. "tapi biasenye.. ramai yg pakai di jari tengah kn? apa2 la..

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Ok.. Dh habis dh menaip.. so.. kita beringat lah ye.. dan sila la forward kt kawan2... yg mungkin ada lagi yg belum tahu.. pun dapat pahala gak.. InsyaALLAH.....


Saturday, February 6, 2010

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki...

P/S: Info yg boleh di fikir2 kan…………..

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak mbaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. mnganggap ringan apa2 yang tjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bsandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. mbiasakan diri mcuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. mbasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Friday, February 5, 2010

HENTI SAMBUT HARI VALENTINE


Hmmm..... nk kongsi sikit la gan u all... yg beragama islam.. mengenai VALENTINE ni yg akan kunjung tibe... tahu kah korang ape itu Valentine... ??? ni Kesahnye...

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.Hukum sambut ValentineSebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)