www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Friday, February 12, 2010

Sayang.. abang - nikah seorang lagi

Sambungan episod lalu...

"Episod 2"

" Abang , Azsya setuju dengan permintaan abg. Tapi, Azsya nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Azsya bukan seorang yang panas baran. Azsya terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Azsya selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletuslah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Azsya.

"Apa, nak suruh Iema jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Iema yang berwarna hijau. "Kak Azsya yang minta," masih lembut dia memujuk Ieda . "Biar betul, apa dia nak buat dengan Iema ?" "Takutlah Iema , silap haribulan dia bunuh Iema !" terkejut Fadzli. "Percayalah Iema , Azsya bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Iema Zara mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Iema Zara lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Iema Zara.

Hari ini genap seminggu Iema Zara bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Iema Zara, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Iema Zara pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Iema Zara untuk ditemuduga oleh Azsya. Sedangkan dia diminta oleh Azsya bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Iema Zara, saban malam dia akan bersama dengan Azsya serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majli skuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Iema Zara melalaikannya. Haruman Iema Zara memudarkan bacaan taranumnya.

Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Fadzli yang dulu. Fadzli anak Imam Kampung Seputih. Fadzli yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Azsya menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Azsya. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Azsya.

Apakah kesudahan cerita ini ? kita sambung Kemudian Hari ek...

Bersambung.........................

0 comments: