www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Thursday, February 4, 2010

Sayang.. abang - nikah seorang lagi

Episod 1

' Abang , minta izin untuk nikah s orang lagi,"

Azsya yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafa spanjang. Dia memandang sekali imbas wajah Fadzli, kemudian tsenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lanta smenuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segela seair sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis , Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sbelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Fadzli hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Azsya adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Iema, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Fadzli, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Azsya. " Abang Fadzli, Iema tak kisah. Iema sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Iema, Iema perlukan seseorang yang mampu memimpin Iema ," masih terngiang-ngiang bicara lunak Iema.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bsiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan bjemaah bsama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Iema gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

..Bersambung.............

0 comments: